Kelas Ganti NADI Mahir Jahit Minggu 2

18 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2025 (Isnin), telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang kedua. Kelas ini merupakan kelas ganti untuk kelas 8 memandangkan peserta tidak dapat hadir pada 15 Februari yang lalu. Peserta menghadiri kelas dengan menonton semula rakaman tayangan. Ini memberi peluang kepada peserta untuk tidak ketinggalan dalam sesi pembelajarannya. Kelas ganti ini bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang.

Untuk kelas minggu kedua ini, pengajar telah menerangkan cara menggunakan portal Mahir dan menerangkan alat-alat jahitan yang akan digunakan untuk kelas minggu depan seperti jahitan asas tangan (jarum jahit tangan, benang dan kertas A4). Pada minggu depan juga, para peserta akan belajar cara untuk mengambil ukuran atau mengukur badan.

Diharap ilmu yang dipelajari memberi manfaat kepada para peserta dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali